Saturday, April 30, 2016

TIGA LAGI PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI BAKAL MENERIMA HUKUMAN FAM


Tiga lagi Persatuan Bolasepak negeri bakal menerima hukuman dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tiga Persatuan tersebut akan didenda FAM kerana tindakan penyokong negeri masing telah melanggar undang-undang yang telah termaktub oleh FAM.

1. PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH
KAFA telah didenda sebanyak RM10,000 disebabkan tindakan penyokong mereka telah membakar suar (flare) selepas perlawanan Piala FA tamat ketika perlawanan menentang pasukan Sabah pada 1hb April yang lalu.

2. MELAKA UNITED
Melaka United juga didenda RM15,000 kerana tindakan penyokong Melaka United telah melontar botol minuman kearah penyokong lawan dan menanjat pagar didalam Stadium ketika perlawanan menentang pasukan Negeri Sembilan.

3. PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN
Gara-gara ekoran tindakan penyokong Negeri Sembilan melontar botol minuman kearah penyokong Melaka United, PBNS telah didenda RM5,000 oleh FAM.

Persatuan Bolasepak negeri manakah lagi bakal akan menjadi mangsa hukuman denda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia? Sebelum ini Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) baru sahaja selesai menerima hukuman dua perlawanan tanpa kehadiran penyokong di Stadium Negeri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia tersebut.

Thursday, April 28, 2016

PIALA PRESIDEN 2016 - SARAWAK TERSUNGKUR DIMINIT TERAKHIR PERLAWANAN





Skuad Presiden Sarawak tersungkur diminit terakhir perlawanan. Skuad Terengganu pulang dengan tiga mata dan sekaligus mengukuhkan ditempat kedua Kumpulan A Piala Presiden.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan hanya beraksi untuk 10 pemain sahaja setelah pemain kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Dengan ini sedikit merencatkan aksi kedua-dua pasukan. Bola hanya berlegar ditengah padang dan serangan dari Sarawak kurang membuahkan hasil pada separuh masa kedua. Akibat hilang fokus dibahagian pertahanan yang menjangka perlawanan akan bersudahan dengan keputusan seri. Pada minit ke 90' Dhiyaulrahman menjaringkan gol kemenangan untuk skuad Terengganu.

STATISTICS DAN PENCAPAIAN PASUKAN - PASUKAN SARAWAK DI BAWAH PENGURUSAN PERSATUAN BOLASEPAK SARAWAK ( FAS )



SKUAD SENIOR SARAWAK 2016
- KEDUDUKAN KE 12 DI DALAM LIGA SUPER 2016
- 1 MENANG, 3 SERI DAN 5 KALAH - 6 MATA
- 9 PERLAWANAN
- KALAH DI PUSINGAN AWAL PIALA FA
SKUAD PRESIDEN SARAWAK U21 2016
- KEDUDUKAN KE 8 DALAM KUMPULAN A PIALA PRESIDEN 2016
- 2 MENANG, 2 SERI DAN 5 KALAH - 8 MATA
- 9 PERLAWANAN

SKUAD BELIA  SARAWAK U19 2016
- KEDUDUKAN KE 9 DALAM KUMPULAN A PIALA BELIA 2016
- 1 MENANG, 1 SERI DAN 7 KALAH - 4 MATA
- 9 PERLAWANAN

SKUAD WANITA SARAWAK 2016
- TEMPAT KE-4 DALAM KEJOHANAN PIALA SHARIFAH RODZIAH 2016
- 2 MENANG, 2 SERI DAN 3 KALAH
- 7 PERLAWANAN


Statistic dan pencapaian pasukan-pasukan dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS ) setakat ini. Tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan-pasukan Sarawak apabila bermulanya musim 2016.

Paling membimbangkan adalah prestasi skuad senior Sarawak dibawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan Dato K. Rajagobal yang sebelum ini telah banyak menceriakan semua peminat Sarawak diatas prestasi beliau di arena antarabangsa. Sarawak kini jauh terpelosok di dasar Liga Super yang hanya mampu melakar satu saja kemenangan di Bandaraya Pulau Pinang dari sembilan perlawanan. Sehinggakan ada peminat Sarawak mengatakan skuad Sarawak kali ini adalah pasukan untuk mendapat tiga mata untuk pasukan lawan dan berkemungkinan akan jatuh sekali lagi ke Liga Perdana 2017 sejak kali terakhir pada tahun 2013. Setakat ini, Sarawak belum pernah sekali pun menang di Stadium Negeri dan hanya mampu mengutip satu mata. Peluang Sarawak untuk terus layak di kempen Piala Malaysia 2016 adalah Sarawak harus menang didalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super nanti.

Pada ahad lalu, skuad Belia U19 kita telah dikejutkan oleh pasukan dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang U17 ( SSMP ). Skuad Belia kita telah dikalahkan 2 - 0 oleh " budak sekolah " yang kebanyakan berumur 17 tahun, sedangkan skuad Belia telah banyak mendapat pendedahan yang cukup dan kebanyakannya pemain kita telah mencapai umur 19 tahun. Dimanakah silapnya skuad kendalian Pengiran Bala??

Skuad Presiden 2016 kali lebih menampakkan sedikit kemajuan dari skuad Presiden 2015 tahun lalu. Skuad ini cuma mudah hilang fokus di babak terakhir perlawanan dan terterusnya kehilangan mata di laman sendiri. Tidak banyak hendak diperkatakan untuk skuad ini.Tapi apa yang mengembirakan, lima pemain Presiden telah di serap masuk ke skuad Senior Sarawak untuk Liga Super 2016. Selain dari itu, Frank Bernhardt juga telah memanggil Tommy Mawat untuk projek skuad Malaysia Sukan Sea 2017.Abang Nur'afirman Abang Norazman telah dipanggil oleh Frank Bernhardt untuk menyertai 28 orang belia di dalam skuad Malaysia bawah 19 tahun. Rodney Celvin dan Nur Shamie juga berada didalam skuad Malaysia bawah 22 tahun. Inilah pemain bakal mengantikkan pemain-pemain senior Sarawak kita sedikit masa lagi.

Mungkin ramai peminat Sarawak tidak tahu kewujudan skuad wanita Sarawak. Skuad ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2015. Pencapaian skuad wanita ini sedikit memberangsangkan, kerana prestasi mereka di dalam Kejohanan Piala sharifah Rodziah 2015 dan 2016 tetap kekal di tempat ke 4 di dua kali kejohanan tersebut.

PRESTASI SKUAD SARAWAK U19 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

SKUAD BELIA U19 SARAWAK
Pencapaian skuad Belia U19 semakin merudum dan amat membimbangkan jika ingat terus bersaing didalam Piala Belia 2016. Anak bimbingan Pengiran Bala telah dimalukan 2 - 0 oleh skuad Sekolah Sukan Malaysia Pahang ( SSMP ) U17 di stadium Mini SSMP Gambang, Pahang pada Ahad lalu. Ini menjadikan kekalahan yang ketujuh dari sembilan perlawanan dalam Piala Belia dengan hanya mengumpul empat mata.

Pengurus pasukan, Azman Mohd Edi mengakui ketiadaan dua pemain utamanya iaitu Georgi Kinkladze yang telah dilayangkan kad merah dan Azafarezal Harun akibat kecederaan menjadi salah satu punca kekalahan skuadnya gagal mengutip mata penuh.

Skuad Belia U19 Sarawak akan memulakan kempen Piala Belia pusingan kedua pada 1hb Mei ( Ahad )dan akan menentang skuad SSMP U17 di Stadium Negeri Petra Jaya pada 4:15 petang. Inilah peluang skuad Belia kita untuk misi membalas dendam atas kekalahan diatas skuad SSMP. Diharap peluang untuk mendapatkan tiga mata penuh di gelangang sendiri tidak akan disia - siakan.

SKUAD SSMP U17
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

PIALA PRESIDEN 2016 - PERLAWANAN KE - 9

SKUAD PRESIDEN SARAWAK

SKUAD PRESIDEN TERENGGANU

Petang ini, Skuad Sarawak U21 akan menentang skuad Presiden Terengganu di Stadium Negeri Petra Jaya pada pukul 4:15 petang. Perlawanan petang ini dijangka sengit kerana Terengganu kini menduduki tempat kedua didalam kedudukan kumpulan A Piala Presiden 2016 dan skuad Sarawak hanya menduduki tempat kelapan selepas lapan perlawanan.

Penolong Jurulatih Safri Amit, berkata beliau amat yakin para pemainnya memiliki semangat yang amat tinggi untuk memastikan kemenangan diatas skuad Terengganu miskipun mereka didalam prestasi yang amat baik ketika ini. Jelas beliau lagi, skuad Sarawak akan dibarisi oleh Tommy Mawat, Rodney Celvin, Nur Shamie Iszuan Amin, Abdul Rahim Abdul Razak dan Nor Aziz Ramlee akan menguatkan lagi skuad Sarawak.

Kemenangan petang ini amat penting untuk memperbaiki kedudukan skuad Sarawak U21 didalam Kumpulan A yang ketika ini menduduki tempat kelapan. Sebelum ini skuad kita telah tewas dua kali berturut - turut dan sekaligus keciciran mata dalam perlawanan sebelum ini.


KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A
SUMBER : PIALA PRESIDEN TERENGGANU


LIGA BOLESEPAK RAKYAT - SEPARUH AKHIR PERTAMA

KUCHING FA
WAKIL PASUKAN DARI SARAWAK
TEMERLOH FA
WAKIL PASUKAN DARI PAHANG



KUCHING, satu - satunya wakil pasukan dari Sarawak yang masih bertahan di dalam kejohanan peringkat kebangsaan Liga Bolasepak Rakyat 2016. Kuching akan menunggu kunjungan pasukan dari Pahang, Temerloh di Stadium Negeri Petra Jaya malam Sabtu ini pada pukul 8:15 malam. Kemenangan di laman sendiri akan mencerahkan lagi peluang Kuching untuk ke peringkat Akhir klak dan sekaligus membawa kelebihan mata ketika bertandang di Temerloh pada pusingan kedua nanti.

Kepada penduduk di kawasan Kuching, Samarahan ataupun kawasan berdekatan, anda semua dijemput untuk datang beramai - ramai untuk memberi sokong kepada wakil pasukan Sarawak, Kuching di Stadium Negeri. Sokongan anda akan menyemarakkan lagi semangat pemain Kuching ketika beraksi di separuh akhir klak.

** Mun bukan kita yang berik sokongan, sapa agik nak? doakan pasukan Kuching untuk layak ke Akhir dan sekaligus mun cdak juara, Kuching akan layak beraksi di Liga FAM 2017

Sumber : Offical Liga Bolasepak Rakyat





LIGA BOLASEPAK RAKYAT ( LBR ) - JUARA LBR AKAN BERSAING DI LIGA FAM


Debaran separuh akhir Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan semakin terasa yang bakal bermula pada 30hb April, Sabtu ini. JUARA LBR akan berpeluang merebut hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan akan dipelawa untuk bersaing di LIGA FAM 2016/2017.

Empat pasukan yang telah layak ke peringkat separuh akhir adalah :

KUCHING - Wakil pasukan dari Sarawak dan di latih oleh bekas pemain Sarawak ketika pasukan Sarawak beraksi di Liga Premier, Sharizan Sahari.

BATANG PADANG PKNP - Wakil pasukan dari Perak dan mendapat sentuhan dari bekas pemain kebangsaan suatu ketika dahulu iaitu Dave Chan Wing Hoong.

TEMERLOH - Wakil pasukan dari Pahang. Jurulatih Zamri Yunoh

PADANG BESAR - Wakil pasukan dari Perlis. Kebanyak pasukan ini diwakili oleh kakitangan dan mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ). Pasukan ini dilatih oleh Zulfikar Abdullah, bekas penjaga gol dan penolong pengadil.

TOP LEFT TO TOP RIGHT : SHARIZAN SAHARI, ZAMRI YUNOH,
ZULFIKAR ABDULLAH DAN DAVE CHAN WING HOONG

Perlawanan separuh akhir nanti bakal menemukan BATANG PADANG LWN PADANG BESAR dan KUCHING LWN TEMERLOH.

Saturday, April 23, 2016

ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN POSISI INI?


5 - 4 - 1 posisi kemungkinan Sarawak untuk perlawanan ini. Posisi ini pilihan pihak kami kerana Sarawak perlukan ramai pertahanan untuk menguatkan lagi bahagian pertahanan. Disamping itu, Shahrol boleh membantu bahagian tengah untuk memulakan serang dari tengah. Ndumba Makeche akan jadi along striker, akan dibantu oleh dua wing kiri dan kanan.

SEDIKIT KATA - KATA SEMANGAT UNTUK PENYOKONG DAN PEMAIN SARAWAK DARI SHAHRIL SHAA'RI


Pihak kami sempat menghubungi beliau melalui account instgram @shahril25. Terima kasih atas kerjasama Shahril Shaari.

" Perkara pertama yang saya buat bila sampai kat Sarawak, saya hafal dulu lagu Ibupertiwiku.
Setiap kali beraksi saya selalu bagi yang terbaik untuk Sarawak. Sarawak sentiasa dihati saya.
In shaa Allah, kami akan berjuang sampai habis untuk Sarawak.
Malam ini misi hidup mati kami semua.
Apa yang terjadi sekali pun kami wajib menang.
Saya harap rakan - rakan dapat berjuang sepenuh hati.
Saya harap peminat semua doakan untuk kami."

PENYOKONG SARAWAK CABAR SKUAD SARAWAK UNTUK MENANG PERLAWANAN MALAM INI


Peluang terakhir untuk Sarawak menunjukkan kemampuan mereka di laman sendiri kepada penyokong Sarawak yang mereka mampu untuk menang perlawanan malam ini berhadapan pasukan Pahang. Jika pasukan Sarawak kalah malam ini, akan membangkitkan lagi kemarahan dan tidak puas hati penyokong Sarawak terhadap pasukan Sarawak yang sebelum ini tewas besar atas pasukan JDT. Selepas kekalahan besar Sarawak terhadap pasukan JDT, laman - laman sosial bolasepak Sarawak dipenuhi komen - komen yang negatif dan ada yang meluahkan rasa kurang puas hati mereka terhadap pihak pengurusan FA Sarawak, pemain dan juga barisan kejurulatihan Sarawak.

Sarawak tidak ada pilihan lain selain mencipta kemenangan di laman sendiri hanya dapat menyelamatkan maruah Sarawak untuk tidak terus terpelosok di dasar Liga Super dan sekaligus menaikkan lagi kepercayaan penyokong Sarawak terhadap pasukan kesayangan mereka.

Pemain dan barisan kejurulatihan Sarawak digesa menyaut cabaran dari penyokong - penyokong Sarawak yang inginkan kemenangan perlawanan malam ini. 

** " Lupakan segala sengketa sesama sendiri ataupun tidak puas hati terhadap barisan kejurulatihan mahupun pihak pengurusan. Kita seharusnya bersatu berjuang dalam satu pasukan dan kembalikanlah maruah Sarawak yang selama ini telah tercalar. Bangkitlah Sarawak.. Fight until the end!! "


Wednesday, April 20, 2016

JOHN HUNTER " JOHN KERBAU " - PENYERANG IMPORT ASING PALING TERBAIK PERNAH DIMILIKI OLEH SARAWAK ( JOHN HUNTER - THE FOREIGN IMPORT STRIKER THE GREATEST PLAYERS EVER OWNED BY SARAWAK )


UCAPAN BELIAU KEPADA SEMUA PENYOKONG SARAWAK





SARAWAK JUARA PIALA FA 1992




CUCU JOHN HUNTER

JOHN HUNTER BERSAMA KELUARGA BELIAU

JOHN HUNTER " JOHN KERBAU " - THE GREATEST PLAYER EVER DAN ERA KEGEMBILANGAN PASUKAN SARAWAK.

Mungkin beliau telah meninggalkan Sarawak selama 22 tahun sejak 1994, tetapi jasa dan sumbangan beliau kepada bolasepak Sarawak tdak akan dapat dilupakan sampai bila - bila. Tidak dilupa juga dengan dua lagi rakan John Hunter iaitu Jeff Curran dan Davis Evans. Mereka inilah membantu mengubah sejarah bolasepak Sarawak dan sehingga mereka ini di kenang sebahagian daripada sejarah negeri Sarawak. John Hunter adalah pemain yang kuat dan bijak mengawal bola dengan baik walaupan dari susuk tubuh beliau kelihatan amat menakutkan tetapi beliau bukanlah pemain yang bermain secara yang kasar. Beliau meninggalkan pasukan Sarawak pada tahun 1994 dan beraksi setahun bersama pasukan Pulau Pinang. John Hunter sekarang berkerja di Australia Post dan kurang akitf dengan arena bolasepak.

Era 90an telah dinobatkan sebagai era yang terbaik untuk bolasepak Sarawak dan Alan Vest adalah sebagai watak utama dalam kebangkitan era bolasepak Sarawak.Pada dekad itu, Alan Vest telah membawa masuk  Jeff Currab dan David Evans untuk memantapkan lagi pasukan Sarawak. Lepas itu Jeff Curran berhijrah dan beraksi untuk pasukan Hong Kong Martini, manakala John Hunter berhijrah ke pasukan South China. Sebelum Alan Vest ke Sarawak, beliau  sepatutnya menjadi jurulatih pasukan Selangor, tetapi selepas di yakini oleh Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin yang ketika itu Presiden sarawak FA. Alan Vest berkata beliau telah menolak tiga tawaran dari New Zealand, Australia dan Singapura untuk berkhidmat bersama Sarawak.Alan Vest sekarang adalah sebagai pengarah teknikal Program Pembangunan Bolasepak Sarawak ( SFDP )

SARAWAK FA - SARAWAK HADAPI TUGAS GETIR DI LARKIN MALAM INI


KETUA JURULATIH SARAWAK, DATO RAJAGOBAL

Tugas yang amat getir untuk pasukan Sarawak di Larkin untuk mengekang serangan dan menembusi benteng skuad JDT malam ini. Gilmar tidak akan beraksi malam ini kerana masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan ketika perlawanan menentang pasukan T-Team.

Ndumba Makeche akan bergandingan dengan Syahrul Azwari dan Junior Aparecido untuk mengerakkan bahagian serangan. Rajagobal juga telah memanggil tiga pemain dari pasukan Piala Presiden iaitu Tommy Mawat, Nur Shamie Iszuan dan juga pemain pertahanan kekal Rodney Celvin untuk membantu memantapkan lagi pasukan Sarawak. Mengulas tentang pertemuan dengan pasukan JDT, ketua jurulatih Sarawak Dato Rajagobal amat mengharapkan pemainnya tidak mudah mengalah dan terus memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan lawan. Apa yang penting untuk perlawanan malam ini adalah pemain haruslah beraksi dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tidak ada rasa gentar untuk berhadapan dengan pasukan handalan seperti JDT. 

Kami akan sentiasa kemaskini keputusan di setiap masa untuk perlawanan malam ini di apikasi twiter kami dan juga di laman fans page kami di facebook.







SARAWAK FA - BARISAN KEMUNGKINGAN MALAM INI


Bayangan kesebelasan utama untuk skuad Sarawak malam ini.

25  Shahril Saa'ri
17  Hairol Moktar (C)
 4  Davide Grassi
12  Ramesh Lai
 6  K Thanaraj

  7  J Partiban
16  Shahrol Saperi
18  Syahrul Aswari
19  Junior Aparecido

20  Mohd Shreen Tambi
  9  Ndumba Makeche

Monday, April 18, 2016

NATIONS CUP MALAYSIA 2016 - 46 HARI LAGI


MALAYSIA U21 TEAM

THAILAND U21 TEAM
SINGAPORE U21 TEAM

VIETNAM U21 TEAM
Kejohanan Nations Cup Malaysia 2016 akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 3hb - 5hb Jun 2016. Empat pasukan kebangsaan bawah 21 tahun akan berentap merebut NATIONS CUP 2016 adalah pasukan MALAYSIA U21, THAILAND U21, SINGAPORE U21 dan VIETNAM U21.

Pasukan Malaysia U21 adalah dibawah didikan Ketua Jurulatih Frank Bernhardt akan membawa cabaran Nations Cup bulan Jun nanti.

FRANK BERNHARDT

Sumber info dan gambar : Football Association of Malaysia (Official), FA Singapore (Official), Asiana.my, FA Thailand (Official) dan FA Vietnam (Official).


PIALA PRESIDEN 2016 - MATCH 7 (18/4/16)




Perlawanan ke-7 untuk Piala Presiden 2016. Skuad Sarawak akan menunggu kunjungan dari skuad Felda United di Stadium Negeri, Petra Jaya pada pukul 4:15 petang ini. Diharap skuad Presiden kita dapat mengambil peluang ini untuk mengutip mata penuh di laman sendiri.





SKUAD BELIA SARAWAK BERJAYA MENGUTIP SATU MATA






Skuad Belia Sarawak berjaya mengikat Skuad Belia Pulau Pinang 2 - 2 di padang A USM. Pulau Pinang telah mendahului 2 gol ketika di separuh masa pertama. Di atas kelekaan benteng pertahanan Pulau Pinang di separuh masa kedua, Skuad Sarawak mengambil kesempatan atas kelekaan dan berjaya meperolehi 2 gol sekaligus menyamakan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Sumber : FA Penang






Sunday, April 17, 2016

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2016 - MATCH 7



Kedudukan terkini Liga Super 2016 selepas 7 perlawanan. Perlawanan ke-8 akan bermula pada 20hb april 2016.

Sumber : Scoreboard.com

LIGA BOLASEPAK RAKYAT 2016 - KUCHING BERJAYA MELANGKAH KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR LBR



Kuching mencatat sejarah tersendiri apabila melangkah jauh untuk layak ke peringkat separuh akhir LIGA BOLASEPAK RAKYAT membenam skuad Jeli FA dari Kelantan dengan 5 gol berbalas 1 gol di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.

" Syukur kami berjaya melangkah sejauh ini dan saya cukup bangga dengan kesungguhan serta komitmen semua pemain untuk memastikan kemenangan jadi milik Kuching. Saya juga berharap semua pemain mengekalkan momentum kemenangan ini dibawa ke perlawanan separuh akhir nanti dan berharap dapat melangkah lebih jauh lagi dan sekaligus mencatat sejarah tersendiri melangkah ke peringkat akhir LBR." Ketua Jurulatih Kuching, Sahrizan Sahari.

Diperingkat separuh akhir, skuad Temerloh dari Pahang akan bertandang ke Stadium Negeri, Petra Jaya untuk aksi pusingan pertama LIGA BOLASEPAK RAKYAT pada 30hb april 2016 nanti. Ini adalah satu kelebihan dan peluang untuk skuad Kuching membawa sesuatu kelebihan untuk bekalan mereka di pusingan kedua di Temerloh, Pahang klak.

 KUCHING FA     5   -   1     JELI FA

'4   Mohd Hafiz
18' Epienizam Effendi
26' Sufizal Ismail
                                       53' Mohd Zaidey
74' Mohd Hafiz
89' Ahmad Shakri Tuah

Saturday, April 16, 2016

PIALA BELIA 2016 - MATCH 7


Skuad Belia Sarawak telah berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi. Esok adalah perlawanan ke - 7 untuk kedua - dua pasukan. Perlawanan akan dilangsung di Padang A, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Pulau Pinang lwn Sarawak
Padang A, USM
4:45 petang - Ahad