![]() |
UCAPAN BELIAU KEPADA SEMUA PENYOKONG SARAWAK |
![]() |
![]() |
SARAWAK JUARA PIALA FA 1992 |
![]() |
CUCU JOHN HUNTER |
![]() |
JOHN HUNTER BERSAMA KELUARGA BELIAU |
JOHN HUNTER " JOHN KERBAU " - THE GREATEST PLAYER EVER DAN ERA KEGEMBILANGAN PASUKAN SARAWAK.
Mungkin beliau telah meninggalkan Sarawak selama 22 tahun sejak 1994, tetapi jasa dan sumbangan beliau kepada bolasepak Sarawak tdak akan dapat dilupakan sampai bila - bila. Tidak dilupa juga dengan dua lagi rakan John Hunter iaitu Jeff Curran dan Davis Evans. Mereka inilah membantu mengubah sejarah bolasepak Sarawak dan sehingga mereka ini di kenang sebahagian daripada sejarah negeri Sarawak. John Hunter adalah pemain yang kuat dan bijak mengawal bola dengan baik walaupan dari susuk tubuh beliau kelihatan amat menakutkan tetapi beliau bukanlah pemain yang bermain secara yang kasar. Beliau meninggalkan pasukan Sarawak pada tahun 1994 dan beraksi setahun bersama pasukan Pulau Pinang. John Hunter sekarang berkerja di Australia Post dan kurang akitf dengan arena bolasepak.
Era 90an telah dinobatkan sebagai era yang terbaik untuk bolasepak Sarawak dan Alan Vest adalah sebagai watak utama dalam kebangkitan era bolasepak Sarawak.Pada dekad itu, Alan Vest telah membawa masuk Jeff Currab dan David Evans untuk memantapkan lagi pasukan Sarawak. Lepas itu Jeff Curran berhijrah dan beraksi untuk pasukan Hong Kong Martini, manakala John Hunter berhijrah ke pasukan South China. Sebelum Alan Vest ke Sarawak, beliau sepatutnya menjadi jurulatih pasukan Selangor, tetapi selepas di yakini oleh Allahyarham Datuk Mohamad Taha Ariffin yang ketika itu Presiden sarawak FA. Alan Vest berkata beliau telah menolak tiga tawaran dari New Zealand, Australia dan Singapura untuk berkhidmat bersama Sarawak.Alan Vest sekarang adalah sebagai pengarah teknikal Program Pembangunan Bolasepak Sarawak ( SFDP )