Monday, May 9, 2016

RAJAGOBAL LETAK JAWATAN



Ketua jurulatih Sarawak, Datuk K Rajagobal akur apabila jodohnya bersama skuad Ngap Sayot tidak panjang. Berkuat kuasa hari ini, beliau bersetuju meletak jawatan berikutan prestasi kurang memuaskan Sarawak pada musim ini. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman pada sidang media khas di sini sebentar tadi.

Katanya, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Difahamkan, FAS sebelum ini menawarkan tugas lain kepada bekas jurulatih kebangsaan itu, namun beliau enggan menerimanya. Penolong jurulatih, David Usop kini dipertanggungjawabkan memikul tugas itu sehingga keputusan lain dibuat kelak.

Rajagobal ketika ditemui turut berterima kasih atas sokongan dan kerjasama diberikan oleh pihak pengurusan, pemain dan penyokong bola sepak Sarawak. Pengendali berusia 57 tahun itu menyertai Bujang Senang, Disember lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robert Alberts dari Belanda.

Sumber : Berita Harian Online

PESANAN DAN HARAPAN DAVIDE GRASSI


Pesanan & harapan Davide Grassi kepada semua penyokong/peminat & pemain Sarawak

Kami sebagai peminat & penyokong setia kepada pasukan Sarawak FA akan sentiasa mendukung & menyokong pasukan Sarawak ketika susah & senang. Kalah ataupun menang kami tetap bersama anda semua. Berjuanglah demi Sarawak untuk Sarawak!

Kepada penyokong & peminat semua, terus berikan sokongan padu anda kepada pasukan kita walaupun pasukan kita kini di dasar Liga Super. Ketika ini pemain kita amat memerlukan sokongan kita semua untuk mereka teruskan perjuangan di dalam kempen Liga Super musim ini.
#FightUntilTheEnd