PERTEMUAN ANTARA DUA BORNEO
STADIUM NEGERI SARAWAK - 11HB FEBUARI 2015 @ 8.15 MLM (AHAD)
Pertembungan antara dua pasukan dari Borneo pastinya akan menjanjikan perlawanan yang sengit setelah pasukan Sarawak FA menunjukkan mutu yang hambar ketika melayani pasukan KL SPA pada Selasa yang lalu . Sabah FA bakal akan menurunkan pemain berstatus bintang mereka iaitu bekas pemain dari Liverpool El Hadji Diouf dan juga bekas pemain dari Hull City Abdoulaye Faye bakal menyemarakan lagi perlawanan persahabatan malam ahad nanti.
Jurulatih Sabah George O'Callaghan amat teruja dengan pertemuan dua pasukan dari Borneo, khasnya pasukan Sarawak & berharapan ingin jadikan Sabah FA pasukan bakal digeruni pasukan lain suatu hari nanti sekaligus kembalikan zaman kegemilangan pasukan Sabah FA.
SarawakSuperCrocs™ Since 2013 * Fight Until The End * Hub info & latest news for Sarawak FA fans * Follow us on TWITTER : @swksupercrocs ~ Follow us on FACEBOOK : sarawaksupercroc
Thursday, January 8, 2015
JADUAL LIGA SUPER 2015 MUNGKIN AKAN DIJADUALKAN SEMULA
Jadual Liga Super yang sebarkan sebelum ini adalah " IS NOT THE OFFICAL YET " merujuk daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sumber menunjukkan salah satu contoh bahawa perlawanan antara LIONS XII vs SARAWAK FA dijadualkan jatuh pada perayaan Hari Gawai Dayak,yang mana mungkin akan menjadi satu isu yang sensitif kepada Sarawakian jika diteruskan juga.
Salah satu lagi contoh adalah tiga perlawanan dijadualkan pada bulan Ramadhan iaitu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, yang mana dianggapkan sebagai masa yang sangat kurang sesuai kerana kebanyakan pemain akan berpuasa.
Sehubungan dengan itu, merurut sumber jadual rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh FAM dan dinasihatkan kepada penyokong untuk tidak membeli tiket penerbangan mereka sehingga diumumkan secara rasminya.
Subscribe to:
Posts (Atom)