Saturday, April 16, 2016

PIALA BELIA 2016 - MATCH 7


Skuad Belia Sarawak telah berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi. Esok adalah perlawanan ke - 7 untuk kedua - dua pasukan. Perlawanan akan dilangsung di Padang A, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Pulau Pinang lwn Sarawak
Padang A, USM
4:45 petang - Ahad

KUCHING ENGGAN BERPUTIH MATA KEPADA JELI FA - LIGA BOLASEPAK RAKYAT 2016

KUCHING AXIS ( SARAWAK )

JELI FA ( KELANTAN )

Kuching Axis tidak rela berputih mata untuk layak ke peringkat separuh akhir Liga Bolasepak Rakyat ( LBR ) peringkat kebangsaan apabila akan beraksi di Stadium Negeri Sarawak petang ini. Kuching Axis telah berjaya mengekang pasukan Jeli FA seri tanpa jaringan di pusingan pertama suku akhir di Kelantan pada 8hb april lalu.


PASUKAN KUCHING MELAKUKAN LATIHAN TERAKHIR SEMALAM
PASUKAN JELI BERLATIH DI PADANG SEKOLAH TABUAN HILIR
TEMURAMAH BERSAMA KETUA JURULATIH PASUKAN LBR

Ketua Jurulatih Kuching Axis, Shahrizah Sahari berkata, pemain -pemainnya kesemuanya bebas dari kecederaan dan telah bersedia untuk memburu kemenangan dilaman sendiri petang ini. Beliau juga berharap kehadiran penyokong dari Kuching akan membantu memberi semangat untuk layak ke suku akhir.

Ketua Jurulatih Jeli FA, Nazaruddin Mohd Zain berkata, pasukannya tidak ada pilihan selain bangkit memberi persembahan terbaik & mereka perlu memberi sepenuh tumpuan untuk perlawanan petang ini menentang pasukan Kuching.

** Kepada penduduk Kuching, Jom rami & sama - sama kita beri sokong kepada pasukan Kuching petang tok.

SUKU AKHIR PERTAMA :

- Jeli FA 0 - 0 Kuching Axis
  Padang SMK Jeli, Kelantan
  8 April 2016

SUKU AKHIR KEDUA

- Kuching Axis vs Jeli FA
  Stadium Negeri Sarawak.
  3:30 petang - Sabtu 16 April 2016


PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016 - KEPUTUSAN PENUH PENENTUAN TEMPAT KE - 3 DAN KE - 4


SKUAD WANITA SARAWAK

SKUAD WANITA KEDAH
Perlawanan antara skuad wanita Sarawak dan Kedah baru sahaja tamat pada 8:50pagi tadi. Keputusan penuh, Sarawak 0 - Kedah. Skuad Sarawak tewas sekali lagi di peringkat perlawanan penentuan tempat ke 3 seperti tahun 2015. Tahun lalu Sarawak tewas 1 - 4 kepada skuad PDRM di dalam perlawanan penentuan tempat ke 3. Petang ini perlawanan akhir akan bermula pada pukul 5ptg di antara penyandang Juara tahun 2015, MISC dan naib Juara 2015, Sabah.
Apa - apa pun, jangan hampa dan susah hati, tahun hadapan coba lagi dan tahniah kepada skuad wanita kita kerna mereka telah berjuang & berusaha terhabis baik selama kejohanan Piala Tun Sahrifah Rodziah ini berlangsung. 

PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE - 3 DAN KE - 4
Sarawak 0 - 1 Kedah

Tempat ke - 4
- SARAWAK

Tempat ke - 3
- KEDAH

Naib Juara
- SABAH / MISC (akan ditentukan petang ini)

Juara Piala Tun Sharifah Rodziah 2016
- SABAH / MISC (akan ditentukan petang ini)