Friday, January 2, 2015

PERMATA YANG HILANG - PART 2

''Permata yang Hilang''
Kisah seorang lagenda bola sepak Sarawak



PIALA BURNLEY ,PIALA BORNEO, PIALA SARAWAK,PIALA MALAYSIA DAN PERGURUAN SILAT HIDAYAH MELAYU.

1968 - dipilih mewakili Sarawak dalam Piala Burnley di Kedah.Sarawak ke peringkat suku akhir menentang Kedah.
Sarawak 1-3 Kedah.Juara Piala Burnley pada masa itu ialah Penang FA.

1969 - dipilih mewakili dipilih mewakili Sarawak dalam Piala Burnley di Melaka.Sarawak ke peringkat separuh akhir menentang Selangor.Keputusannya berpihak kepada Selangor.Sarawak 1-2 Selangor.

1970- mewakili Kuching dalam Piala Sarawak di Sibu.Final Kuching menang 1-0 ke atas Sibu.

1971 - mewakili Sarawak dalam Piala Borneo.

1972 - mewakili Jabatan Penjara dalam Liga Kuching.Jabatan Penjara dinobatkan selaku juara liga pada masa itu.

1977 - mewakili Sarawak dalam Piala Borneo.

1977- 1980 - mewakili Sarawak dalam Piala Malaysia

1978- mewakili Jabatan Penjara dalam Liga Kuching.Final menentang PDRM.Jabatan Penjara menjuarai Liga Kuching dengan sepakan penalti Penjara 5-3 PDRM.

1981- Bersara dari arena bola sepak atas alasan mendirikan rumahtangga dan memberi laluan dengan bakat2 baru.

Beliau kini aktif dalam ilmu persilatan.Beliau dilantik selaku Guru Utama Perguruan Silat Hidayah Melayu,Kuching pada tahun 2007 atas sebab Guru Utama Allahyarham Dahlan bin Ismail meninggal dunia.

PERMATA YANG HILANG - PART 1


Kita hanya mengenali Era Ngap, tapi kita melupakan sebuah perjuamg bolasepak dalam era 60an & 70an. Mungkin nama seperti Morshidi Maton, Michael Teo, Wan Abdillah Edruce, Razali Rosdi, Dr Artakub, Morsidi Awet serta Ong Tai Bee telah dilupakan sehingga kini. Maaf dari pihak kami, sekiranya ejaan pada nama disebut tadi ada silapnya. Baru - baru ini, kami ada menemuramah seorang bekas pemain bolasepak Sarawak era 60an & 70an. Beliau yang admin maksudkan adalah Encik Morshidi Maton. Pihak SSC mengikhtiraf beliau sebagai lagenda bolasepak Sarawak. Ikuti permula kisah suka duka beliau :

NAMA : Morshidi bin Maton (Guru Mawi)
ASAL : Kampung Bintangor, Kuching
TARIKH LAHIR : 26.03.1950
POSISI : Penyerang
1961 : Bersekolah di Sekolah Rakyat jalan Haji Bolhassan.
1961 - 1961 : Bersama pasukan bolasepak Sekolah beliau menjuarai Piala Liga Antara Sekolah -Sekolah Bandar Kuching.
1963 : Beliau berhenti dari persekolahan. Namun hatinya cintakan sukan bolasepak, beliau meneruskan untuk bermain bolasepak di kampung Bintangor, Kuching.
1966 - 1967 : Beliau mewakili Kelab Mas dalam Liga Bandar Kuching (Divisyen)
* ikuti sambungan kisah beliau ketika beliau mewakili Sarawak dalam Piala Burnley (bersambung)



     Liga Belia 2015


Liga Piala Belia 2015 akan berlangsung pertengahan Febuari 2015 ini.
Terdapat 17 pasukan akan beraksi termasuk Sarawak U19.08 perlawanan 'away' dan 'home' akan dijalankan.    
Maklumat lanjut akan SSC hebahkan dari semasa ke semasa.
WE WERE SARIKEIAN!!



Kedua-dua mereka adalah anak jati kelahiran Sarikei.Bertemu dalam satu pasukan Sarawak U21.
Kalian berdua kebanggaan anak Sarikei.
Semoga ramai lagi bakat baru yang benar - benar berbakat & berkualiti untuk mewakili negeri Sarawak sekaligus menyarung jersi Sarawak FA satu hari kelak.

Dari kiri, Awang Iskandar dan Coach Safri Amit