Kita hanya mengenali Era Ngap, tapi kita melupakan sebuah perjuamg bolasepak dalam era 60an & 70an. Mungkin nama seperti Morshidi Maton, Michael Teo, Wan Abdillah Edruce, Razali Rosdi, Dr Artakub, Morsidi Awet serta Ong Tai Bee telah dilupakan sehingga kini. Maaf dari pihak kami, sekiranya ejaan pada nama disebut tadi ada silapnya. Baru - baru ini, kami ada menemuramah seorang bekas pemain bolasepak Sarawak era 60an & 70an. Beliau yang admin maksudkan adalah Encik Morshidi Maton. Pihak SSC mengikhtiraf beliau sebagai lagenda bolasepak Sarawak. Ikuti permula kisah suka duka beliau :
NAMA : Morshidi bin Maton (Guru Mawi)
ASAL : Kampung Bintangor, Kuching
TARIKH LAHIR : 26.03.1950
POSISI : Penyerang
1961 : Bersekolah di Sekolah Rakyat jalan Haji Bolhassan.
1961 - 1961 : Bersama pasukan bolasepak Sekolah beliau menjuarai Piala Liga Antara Sekolah -Sekolah Bandar Kuching.
1963 : Beliau berhenti dari persekolahan. Namun hatinya cintakan sukan bolasepak, beliau meneruskan untuk bermain bolasepak di kampung Bintangor, Kuching.
1966 - 1967 : Beliau mewakili Kelab Mas dalam Liga Bandar Kuching (Divisyen)
* ikuti sambungan kisah beliau ketika beliau mewakili Sarawak dalam Piala Burnley (bersambung)
No comments:
Post a Comment