SarawakSuperCrocs™ Since 2013 * Fight Until The End * Hub info & latest news for Sarawak FA fans * Follow us on TWITTER : @swksupercrocs ~ Follow us on FACEBOOK : sarawaksupercroc
Thursday, April 28, 2016
PIALA PRESIDEN 2016 - SARAWAK TERSUNGKUR DIMINIT TERAKHIR PERLAWANAN
Skuad Presiden Sarawak tersungkur diminit terakhir perlawanan. Skuad Terengganu pulang dengan tiga mata dan sekaligus mengukuhkan ditempat kedua Kumpulan A Piala Presiden.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan hanya beraksi untuk 10 pemain sahaja setelah pemain kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Dengan ini sedikit merencatkan aksi kedua-dua pasukan. Bola hanya berlegar ditengah padang dan serangan dari Sarawak kurang membuahkan hasil pada separuh masa kedua. Akibat hilang fokus dibahagian pertahanan yang menjangka perlawanan akan bersudahan dengan keputusan seri. Pada minit ke 90' Dhiyaulrahman menjaringkan gol kemenangan untuk skuad Terengganu.
STATISTICS DAN PENCAPAIAN PASUKAN - PASUKAN SARAWAK DI BAWAH PENGURUSAN PERSATUAN BOLASEPAK SARAWAK ( FAS )
![]() |
SKUAD SENIOR SARAWAK 2016 - KEDUDUKAN KE 12 DI DALAM LIGA SUPER 2016 - 1 MENANG, 3 SERI DAN 5 KALAH - 6 MATA - 9 PERLAWANAN - KALAH DI PUSINGAN AWAL PIALA FA |
![]() |
SKUAD PRESIDEN SARAWAK U21 2016 - KEDUDUKAN KE 8 DALAM KUMPULAN A PIALA PRESIDEN 2016 - 2 MENANG, 2 SERI DAN 5 KALAH - 8 MATA - 9 PERLAWANAN |
![]() |
SKUAD BELIA SARAWAK U19 2016 - KEDUDUKAN KE 9 DALAM KUMPULAN A PIALA BELIA 2016 - 1 MENANG, 1 SERI DAN 7 KALAH - 4 MATA - 9 PERLAWANAN |
![]() |
SKUAD WANITA SARAWAK 2016 - TEMPAT KE-4 DALAM KEJOHANAN PIALA SHARIFAH RODZIAH 2016 - 2 MENANG, 2 SERI DAN 3 KALAH - 7 PERLAWANAN |
Statistic dan pencapaian pasukan-pasukan dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS ) setakat ini. Tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan-pasukan Sarawak apabila bermulanya musim 2016.
Paling membimbangkan adalah prestasi skuad senior Sarawak dibawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan Dato K. Rajagobal yang sebelum ini telah banyak menceriakan semua peminat Sarawak diatas prestasi beliau di arena antarabangsa. Sarawak kini jauh terpelosok di dasar Liga Super yang hanya mampu melakar satu saja kemenangan di Bandaraya Pulau Pinang dari sembilan perlawanan. Sehinggakan ada peminat Sarawak mengatakan skuad Sarawak kali ini adalah pasukan untuk mendapat tiga mata untuk pasukan lawan dan berkemungkinan akan jatuh sekali lagi ke Liga Perdana 2017 sejak kali terakhir pada tahun 2013. Setakat ini, Sarawak belum pernah sekali pun menang di Stadium Negeri dan hanya mampu mengutip satu mata. Peluang Sarawak untuk terus layak di kempen Piala Malaysia 2016 adalah Sarawak harus menang didalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super nanti.
Pada ahad lalu, skuad Belia U19 kita telah dikejutkan oleh pasukan dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang U17 ( SSMP ). Skuad Belia kita telah dikalahkan 2 - 0 oleh " budak sekolah " yang kebanyakan berumur 17 tahun, sedangkan skuad Belia telah banyak mendapat pendedahan yang cukup dan kebanyakannya pemain kita telah mencapai umur 19 tahun. Dimanakah silapnya skuad kendalian Pengiran Bala??
Skuad Presiden 2016 kali lebih menampakkan sedikit kemajuan dari skuad Presiden 2015 tahun lalu. Skuad ini cuma mudah hilang fokus di babak terakhir perlawanan dan terterusnya kehilangan mata di laman sendiri. Tidak banyak hendak diperkatakan untuk skuad ini.Tapi apa yang mengembirakan, lima pemain Presiden telah di serap masuk ke skuad Senior Sarawak untuk Liga Super 2016. Selain dari itu, Frank Bernhardt juga telah memanggil Tommy Mawat untuk projek skuad Malaysia Sukan Sea 2017.Abang Nur'afirman Abang Norazman telah dipanggil oleh Frank Bernhardt untuk menyertai 28 orang belia di dalam skuad Malaysia bawah 19 tahun. Rodney Celvin dan Nur Shamie juga berada didalam skuad Malaysia bawah 22 tahun. Inilah pemain bakal mengantikkan pemain-pemain senior Sarawak kita sedikit masa lagi.
Mungkin ramai peminat Sarawak tidak tahu kewujudan skuad wanita Sarawak. Skuad ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2015. Pencapaian skuad wanita ini sedikit memberangsangkan, kerana prestasi mereka di dalam Kejohanan Piala sharifah Rodziah 2015 dan 2016 tetap kekal di tempat ke 4 di dua kali kejohanan tersebut.
PRESTASI SKUAD SARAWAK U19 SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
![]() |
SKUAD BELIA U19 SARAWAK |
Pengurus pasukan, Azman Mohd Edi mengakui ketiadaan dua pemain utamanya iaitu Georgi Kinkladze yang telah dilayangkan kad merah dan Azafarezal Harun akibat kecederaan menjadi salah satu punca kekalahan skuadnya gagal mengutip mata penuh.
Skuad Belia U19 Sarawak akan memulakan kempen Piala Belia pusingan kedua pada 1hb Mei ( Ahad )dan akan menentang skuad SSMP U17 di Stadium Negeri Petra Jaya pada 4:15 petang. Inilah peluang skuad Belia kita untuk misi membalas dendam atas kekalahan diatas skuad SSMP. Diharap peluang untuk mendapatkan tiga mata penuh di gelangang sendiri tidak akan disia - siakan.
![]() |
SKUAD SSMP U17 SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG |
PIALA PRESIDEN 2016 - PERLAWANAN KE - 9
![]() |
SKUAD PRESIDEN SARAWAK |
![]() |
SKUAD PRESIDEN TERENGGANU |
Petang ini, Skuad Sarawak U21 akan menentang skuad Presiden Terengganu di Stadium Negeri Petra Jaya pada pukul 4:15 petang. Perlawanan petang ini dijangka sengit kerana Terengganu kini menduduki tempat kedua didalam kedudukan kumpulan A Piala Presiden 2016 dan skuad Sarawak hanya menduduki tempat kelapan selepas lapan perlawanan.
Penolong Jurulatih Safri Amit, berkata beliau amat yakin para pemainnya memiliki semangat yang amat tinggi untuk memastikan kemenangan diatas skuad Terengganu miskipun mereka didalam prestasi yang amat baik ketika ini. Jelas beliau lagi, skuad Sarawak akan dibarisi oleh Tommy Mawat, Rodney Celvin, Nur Shamie Iszuan Amin, Abdul Rahim Abdul Razak dan Nor Aziz Ramlee akan menguatkan lagi skuad Sarawak.
Kemenangan petang ini amat penting untuk memperbaiki kedudukan skuad Sarawak U21 didalam Kumpulan A yang ketika ini menduduki tempat kelapan. Sebelum ini skuad kita telah tewas dua kali berturut - turut dan sekaligus keciciran mata dalam perlawanan sebelum ini.
![]() |
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A SUMBER : PIALA PRESIDEN TERENGGANU |
LIGA BOLESEPAK RAKYAT - SEPARUH AKHIR PERTAMA
![]() |
KUCHING FA WAKIL PASUKAN DARI SARAWAK |
LIGA BOLASEPAK RAKYAT ( LBR ) - JUARA LBR AKAN BERSAING DI LIGA FAM
Debaran separuh akhir Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan semakin terasa yang bakal bermula pada 30hb April, Sabtu ini. JUARA LBR akan berpeluang merebut hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan akan dipelawa untuk bersaing di LIGA FAM 2016/2017.
Empat pasukan yang telah layak ke peringkat separuh akhir adalah :
KUCHING - Wakil pasukan dari Sarawak dan di latih oleh bekas pemain Sarawak ketika pasukan Sarawak beraksi di Liga Premier, Sharizan Sahari.
BATANG PADANG PKNP - Wakil pasukan dari Perak dan mendapat sentuhan dari bekas pemain kebangsaan suatu ketika dahulu iaitu Dave Chan Wing Hoong.
TEMERLOH - Wakil pasukan dari Pahang. Jurulatih Zamri Yunoh
PADANG BESAR - Wakil pasukan dari Perlis. Kebanyak pasukan ini diwakili oleh kakitangan dan mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ). Pasukan ini dilatih oleh Zulfikar Abdullah, bekas penjaga gol dan penolong pengadil.
![]() |
TOP LEFT TO TOP RIGHT : SHARIZAN SAHARI, ZAMRI YUNOH, ZULFIKAR ABDULLAH DAN DAVE CHAN WING HOONG |
Perlawanan separuh akhir nanti bakal menemukan BATANG PADANG LWN PADANG BESAR dan KUCHING LWN TEMERLOH.
Subscribe to:
Posts (Atom)