Thursday, May 19, 2016

KEMPEN TM PIALA MALAYSIA 2016


Senarai rasmi 16 pasukan yang bakal bersaing bagi merebut piala berprestij ' TM Piala Malaysia 2016 ' tahun ini.
Untuk makluman anda semua, undian akan dimulakan pada 23 Mei 2016, hari Isnin depan pada pukul jam 10.30 mlm akan disiarkan secara langsung di Scoreboard TV9.

Pasukan Sarawak berada didalam pot 3 bersama tiga lagi pasukan lain iaitu Pahang FC, Perak TBG dan Melaka United.

BERAKHIRNYA PUSINGAN PERTAMA LIGA SUPER 2016


Kedudukan terkini Liga Super 2016 setelah tamatnya pusingan pertama malam tadi. 11 perlawanan dalam pusingan pertama, menyaksikan pasukan Felda United terus kekal dipersada Liga Super & diekori rapat oleh pasukan JDT dengan berkongsi mata di tempat ke-2 dengan mengumpul 27 mata penuh yang Felda berkelebihan jumlah jaringan gol mereka. Pasukan Selangor ditempat ke-3 liga yang mengutip 19 mata & ketinggalan 8 mata dari pendahulu Liga.

Saingan empat pasukan terbawah liga pula nampak sengit & mereka bergelut untuk bersaing bagi merebut tempat kelayakan ke saingan Piala Malaysia 2016. Pasukan Perak kekal dengan 11mata di tempat ke-9 setelah tewas malam tadi. Sarawak & Pahang pula berkongsi 9 mata yang hanya dibezakan dengan jumlah bolos & jaringan gol sahaja. Pulau Pinang turun ke dasar liga setelah tewas ditangan Felda United dengan hanya mengumpul 6 mata selepas 11 perlawanan & sekaligus gagal untuk layak ke saingan Piala Malaysia untuk tahun ini.

Pusingan kedua Liga Super akan bermula semula pada hari Sabtu (21 Mei 2016) ini dengan menyaksikan perlawanan timbal balik dengan lawan yang sama seperti perlawanan ke-11 yang lalu.

PASUKAN YANG TELAH LAYAK KE SAINGAN PIALA MALAYSIA


Pasukan - pasukan yang telah layak ke saingan kempen Piala Malaysia 2016 dari gabungan dua liga didalam Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Perdana.
Kesemua 16 pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan (A,B,C,D) & dua pasukan teratas didalam setiap kumpulan akan layak ke suku akhir Piala Malaysia.  

11 pasukan teratas Liga Super
☆Felda United FC
☆JDT FC
☆Selangor FA
☆T-Team FC
☆PDRM FC
☆Kelantan FA
☆Kedah FA
☆Terangganu FA
☆Perak The Bos Gaurus FC
☆Sarawak FA
☆Pahang FC

5 pasukan teratas Liga Perdana
☆Melaka United FC
☆Kuala Lumpur FA
☆Negeri Sembilan FA
☆JDT II FC
☆PKNS FC