Thursday, May 19, 2016

BERAKHIRNYA PUSINGAN PERTAMA LIGA SUPER 2016


Kedudukan terkini Liga Super 2016 setelah tamatnya pusingan pertama malam tadi. 11 perlawanan dalam pusingan pertama, menyaksikan pasukan Felda United terus kekal dipersada Liga Super & diekori rapat oleh pasukan JDT dengan berkongsi mata di tempat ke-2 dengan mengumpul 27 mata penuh yang Felda berkelebihan jumlah jaringan gol mereka. Pasukan Selangor ditempat ke-3 liga yang mengutip 19 mata & ketinggalan 8 mata dari pendahulu Liga.

Saingan empat pasukan terbawah liga pula nampak sengit & mereka bergelut untuk bersaing bagi merebut tempat kelayakan ke saingan Piala Malaysia 2016. Pasukan Perak kekal dengan 11mata di tempat ke-9 setelah tewas malam tadi. Sarawak & Pahang pula berkongsi 9 mata yang hanya dibezakan dengan jumlah bolos & jaringan gol sahaja. Pulau Pinang turun ke dasar liga setelah tewas ditangan Felda United dengan hanya mengumpul 6 mata selepas 11 perlawanan & sekaligus gagal untuk layak ke saingan Piala Malaysia untuk tahun ini.

Pusingan kedua Liga Super akan bermula semula pada hari Sabtu (21 Mei 2016) ini dengan menyaksikan perlawanan timbal balik dengan lawan yang sama seperti perlawanan ke-11 yang lalu.

No comments:

Post a Comment