Sunday, May 1, 2016

LIGA SUPER 2016 - SARAWAK ' TEMPANG ' TANPA TIGA PEMAIN UTAMA





Pasukan Sarawak akan turun beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tanpa tiga pemain utamanya. Ini disebabkan beberapa tonggak Sarawak masih lagi dilanda kecederaan yang serius. Tiga pemain tersebut adalah Gilmar Da Silva mengalami kecederaan bahagian lutut kiri beliau, manakala K.Gurusamy dan K.Thanaraj mengalami kecederaan " hamstring ". Berkemungkinan mereke akan dapat diturunkan ketika perlawanan menentang pasukan Perak di Stadium Negeri pada 18 Mei nanti.

Dengan ketiadaan tiga pemain ini, Rajagobal menaruh harapan dan menagihkan aksi yang terbaik dari pemain-pemain muda beliau untuk mengalas tugas mereka ketika perlawanan menentang pasukan Terengganu pada hari Rabu ini nanti. Beliau juga berharap pemain-pemainnya berikan yang terbaik bagi memastikan Sarawak pulang dengan tiga mata.

Semoga semua pemain Sarawak mengalas tanggungjawab masing-masing dan tidak sesekali mensia-siakan segala peluang untuk memburu kemenangan kedua untuk Sarawak. Pasukan Sarawak dalam keadaan yang amat terdesak untuk mencari kemenangan bagi menjarakkan lagi dari zon penyingkiran ke Liga Perdana 2017 dan juga enggan tersingkir untuk layak ke Piala Malaysia.


PIALA BELIA 2016 - DAPATKAH ANAK BIMBINGAN PENGIRAN BALA MELAKAR KEMENANGAN KEDUA PETANG INI?


SARAWAK U19

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
PAHANG U17
Petang ini adalah perlawanan pusingan kedua Piala Belia 2016 di Stadium Negeri Petra Jaya pada pukul 4:15 petang. Pada perlawanan ahad lalu, SSMP telah mengejutkan skuad Pengiran Bala dengan dua gol tanpa balas di Stadium Mini SSMP, Pahang. Sarawak harus bangkit dari aksi yang hambar mereka pada pusingan pertama yang lalu, hanya dengan kemenangan sahaja untuk menguatkan lagi saingan Sarawak didalam kumpulan A yang kini menduduki tempat kesembilan.

Pengapaian Skuad Sarawak U19 setakat ini.
- Kedudukan kesembilan didalam Kumpulan A
- 1 Menang 2 Seri dan 7 kalah dengan mengutip 4 mata penuh
- 9 pelawanan

UJIAN GETIR UNTUK KUCHING FA PADA 15HB MEI


Kuching FA berputih mata apabila Suhaili Wezam menjaringkan gol penyamaan untuk Temerloh FA pada minit terakhir perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Negeri Petra Jaya malam tadi. Hafiz Abdul Bakar membuka tirai jaringan untuk Kuching FA seminit sebelum separuh masa pertama ditamatkan. Kuching FA akan bertandang di Stadium Mini Temerloh, Pahang untuk aksi separuh akhir kedua Liga Bolasepak Rakyat pada 15hb Mei nanti.