![]() |
SKUAD SENIOR SARAWAK 2016 - KEDUDUKAN KE 12 DI DALAM LIGA SUPER 2016 - 1 MENANG, 3 SERI DAN 5 KALAH - 6 MATA - 9 PERLAWANAN - KALAH DI PUSINGAN AWAL PIALA FA |
![]() |
SKUAD PRESIDEN SARAWAK U21 2016 - KEDUDUKAN KE 8 DALAM KUMPULAN A PIALA PRESIDEN 2016 - 2 MENANG, 2 SERI DAN 5 KALAH - 8 MATA - 9 PERLAWANAN |
![]() |
SKUAD BELIA SARAWAK U19 2016 - KEDUDUKAN KE 9 DALAM KUMPULAN A PIALA BELIA 2016 - 1 MENANG, 1 SERI DAN 7 KALAH - 4 MATA - 9 PERLAWANAN |
![]() |
SKUAD WANITA SARAWAK 2016 - TEMPAT KE-4 DALAM KEJOHANAN PIALA SHARIFAH RODZIAH 2016 - 2 MENANG, 2 SERI DAN 3 KALAH - 7 PERLAWANAN |
Statistic dan pencapaian pasukan-pasukan dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS ) setakat ini. Tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan-pasukan Sarawak apabila bermulanya musim 2016.
Paling membimbangkan adalah prestasi skuad senior Sarawak dibawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan Dato K. Rajagobal yang sebelum ini telah banyak menceriakan semua peminat Sarawak diatas prestasi beliau di arena antarabangsa. Sarawak kini jauh terpelosok di dasar Liga Super yang hanya mampu melakar satu saja kemenangan di Bandaraya Pulau Pinang dari sembilan perlawanan. Sehinggakan ada peminat Sarawak mengatakan skuad Sarawak kali ini adalah pasukan untuk mendapat tiga mata untuk pasukan lawan dan berkemungkinan akan jatuh sekali lagi ke Liga Perdana 2017 sejak kali terakhir pada tahun 2013. Setakat ini, Sarawak belum pernah sekali pun menang di Stadium Negeri dan hanya mampu mengutip satu mata. Peluang Sarawak untuk terus layak di kempen Piala Malaysia 2016 adalah Sarawak harus menang didalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super nanti.
Pada ahad lalu, skuad Belia U19 kita telah dikejutkan oleh pasukan dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang U17 ( SSMP ). Skuad Belia kita telah dikalahkan 2 - 0 oleh " budak sekolah " yang kebanyakan berumur 17 tahun, sedangkan skuad Belia telah banyak mendapat pendedahan yang cukup dan kebanyakannya pemain kita telah mencapai umur 19 tahun. Dimanakah silapnya skuad kendalian Pengiran Bala??
Skuad Presiden 2016 kali lebih menampakkan sedikit kemajuan dari skuad Presiden 2015 tahun lalu. Skuad ini cuma mudah hilang fokus di babak terakhir perlawanan dan terterusnya kehilangan mata di laman sendiri. Tidak banyak hendak diperkatakan untuk skuad ini.Tapi apa yang mengembirakan, lima pemain Presiden telah di serap masuk ke skuad Senior Sarawak untuk Liga Super 2016. Selain dari itu, Frank Bernhardt juga telah memanggil Tommy Mawat untuk projek skuad Malaysia Sukan Sea 2017.Abang Nur'afirman Abang Norazman telah dipanggil oleh Frank Bernhardt untuk menyertai 28 orang belia di dalam skuad Malaysia bawah 19 tahun. Rodney Celvin dan Nur Shamie juga berada didalam skuad Malaysia bawah 22 tahun. Inilah pemain bakal mengantikkan pemain-pemain senior Sarawak kita sedikit masa lagi.
Mungkin ramai peminat Sarawak tidak tahu kewujudan skuad wanita Sarawak. Skuad ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2015. Pencapaian skuad wanita ini sedikit memberangsangkan, kerana prestasi mereka di dalam Kejohanan Piala sharifah Rodziah 2015 dan 2016 tetap kekal di tempat ke 4 di dua kali kejohanan tersebut.
No comments:
Post a Comment