Wednesday, April 20, 2016

SARAWAK FA - SARAWAK HADAPI TUGAS GETIR DI LARKIN MALAM INI


KETUA JURULATIH SARAWAK, DATO RAJAGOBAL

Tugas yang amat getir untuk pasukan Sarawak di Larkin untuk mengekang serangan dan menembusi benteng skuad JDT malam ini. Gilmar tidak akan beraksi malam ini kerana masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan ketika perlawanan menentang pasukan T-Team.

Ndumba Makeche akan bergandingan dengan Syahrul Azwari dan Junior Aparecido untuk mengerakkan bahagian serangan. Rajagobal juga telah memanggil tiga pemain dari pasukan Piala Presiden iaitu Tommy Mawat, Nur Shamie Iszuan dan juga pemain pertahanan kekal Rodney Celvin untuk membantu memantapkan lagi pasukan Sarawak. Mengulas tentang pertemuan dengan pasukan JDT, ketua jurulatih Sarawak Dato Rajagobal amat mengharapkan pemainnya tidak mudah mengalah dan terus memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan lawan. Apa yang penting untuk perlawanan malam ini adalah pemain haruslah beraksi dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tidak ada rasa gentar untuk berhadapan dengan pasukan handalan seperti JDT. 

Kami akan sentiasa kemaskini keputusan di setiap masa untuk perlawanan malam ini di apikasi twiter kami dan juga di laman fans page kami di facebook.







No comments:

Post a Comment