Friday, April 15, 2016

VISI DAN HARAPAN DATO' DR. NOORDIN AHMAD UNTUK FC BARI DAN PEMAIN MUDA MALAYSIA


Dato' Dr. Noordin Ahmad telah sah menjadi pemilik baru FC Bari. Aspirasi Dato' Noordin ingin membawa pemain muda Malaysia yang berbakat diserap ke Akademi FC Bari sebagai inisiatif untuk memperbaiki mutu bolasepak Malaysia. Dato' Noordin mendedahkan visi beliau untuk jadikan FC Bari menjadi pasukan ' YANG TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK ' dalam masa lima tahun akan datang.

DATO' TERHUTANG BUDI DENGAN ITALI

Saat memperkenalkan diri beliau buat kali pertama di hadapan media di Itali, beliau sempat menceritakan kisah beliau yang diserang sakit jantung ketika bercuti di Itali.

" Saya ingat betul-betul saya akan meninggal dunia di Rome Itali. Situasi saya sakit jantung sangat serius tapi doktor dari Itali telah selamatkan saya. "
" Sekembalinya saya di Kuala Lumpur selepas pulih, saya tertanya-tanya apa yang saya boleh lakukan untuk membalas jasa Itali. " kata Dato' Noordin.

SITUASI DI MALAYSIA BUAT DATO UBAH FIKIRAN.

Pada ketika itu, beliau masih belum memikirkan tentang pelaburan dalam bolasepak. Tetapi situasi di Malaysia membuatkan beliau berubah fikiran. Beliau terbaca satu artikel tentang bolasepak di Malaysia. Ketika itu Malaysia seri 0-0 dengan Macau. Beliau menyatakan masing-masing menunding jari kepada sesama sendiri atas prestasi skuad Malaysia kurang memberangsangkan. Beliau berpendapat jika diberi peluang pemain muda Malaysia bermain di akademi Eropah, mereka akan masa depan yang cerah dalam bolasepak.

KENAPA DATO PILIH FC BARI?

Beliau menceritakan bagaimana beliau memilih FC Bari sebagai kelab yang mahu beliau miliki.

" Mula-mula saya melawat kelab bolasepak sekitar Rome untuk mencari calon kerjasama dengan bolasepak di Malaysia. Akademi Lazio adalah salah satunya."
Kemudiannya beliau berfikir, jika kelab Rome menang Seria A, ia tidak menghairankan. Tetapi jika FC Bari menjadi juara Seria A, ia sangat membanggakan. "

Ketika di tanya sama ada beliau akan membeli pemain asing untuk pasukan dan beliau menjawab :

" Saya lebih berminat dengan bakat - bakat pemain kelahiran Bari & Malaysia.

No comments:

Post a Comment