Thursday, January 8, 2015

PERTEMUAN ANTARA DUA BORNEO
               STADIUM NEGERI SARAWAK - 11HB FEBUARI 2015 @ 8.15 MLM (AHAD)

Pertembungan antara dua pasukan dari Borneo pastinya akan menjanjikan perlawanan yang sengit setelah pasukan Sarawak FA menunjukkan mutu yang hambar ketika melayani pasukan KL SPA pada Selasa yang lalu . Sabah FA bakal akan menurunkan pemain berstatus bintang mereka iaitu bekas pemain dari Liverpool El Hadji Diouf dan juga bekas pemain dari Hull City Abdoulaye Faye bakal menyemarakan lagi perlawanan persahabatan malam ahad nanti.

Jurulatih Sabah George O'Callaghan amat teruja dengan pertemuan dua pasukan dari Borneo, khasnya pasukan Sarawak & berharapan ingin jadikan Sabah FA pasukan bakal digeruni pasukan lain suatu hari nanti sekaligus kembalikan zaman kegemilangan pasukan Sabah FA.
JADUAL LIGA SUPER 2015 MUNGKIN AKAN DIJADUALKAN SEMULA

Jadual Liga Super yang sebarkan sebelum ini adalah " IS NOT THE OFFICAL YET " merujuk daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sumber menunjukkan salah satu contoh bahawa perlawanan antara LIONS XII vs SARAWAK FA dijadualkan jatuh pada perayaan Hari Gawai Dayak,yang mana mungkin akan menjadi satu isu yang sensitif kepada Sarawakian jika diteruskan juga.

Salah satu lagi contoh adalah tiga perlawanan dijadualkan pada bulan Ramadhan iaitu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, yang mana dianggapkan sebagai masa yang sangat kurang sesuai kerana kebanyakan pemain akan berpuasa.

Sehubungan dengan itu, merurut sumber jadual rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh FAM dan dinasihatkan kepada penyokong untuk tidak membeli tiket penerbangan mereka sehingga diumumkan secara rasminya.

Wednesday, January 7, 2015

Kesebelasan utama pasukan Sarawak


1. Mohd Fadzley Rahim
2. Ronny Harun
5. Varathan Arumugam
8. Muhammad Nazri
9. Billy Mehmet
11. Ashri Chuchu
12. Rames Lai
17. Mohd Hairol Mokhtar
23. Ryan Griffiths
26. Ivan Fatic
29. Ronald Hikspoors

Pemain Simpanan

18. Aidil Mohamad
21. Mohd Iqbal Suhaimi
3. Ikhwan Izzat Jamaludin
7. Partiban K. Janasekaran
13. Mohammed Dzulazlan
15. Sabri Sahar
16. Shahrol Saperi
20. Shreen Tambi

Gol tunggal pasukan Sarawak :
23. Ryan Griffiths - minit ke 34
Gol tunggal dan juga gol kemenangan untuk pasukan Sarawak yang dijaringkan oleh Ryan Griffins pada perlawanan persahabatan antara Sarawak FA vs KL SPA FC


Tuesday, January 6, 2015

ANAK JATI SARAWAK JADI SANDARAN UTAMA KL SPA



Empat anak jati Sarawak akan menjadi sandaran utama untuk pasukan KL SPA Putrajaya. Mereka adalah Syed Muhammad, Mahathir Mohammad, Rafizan Razali dan Ibrahim Jobeli. Pengurus KL SPA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata KL SPA sentiasa memberi peluang kepada anak jati Sarawak untuk menunjukkan bakat mereka. " Kita sudah ada empat orang anak jati dari Sarawak mewakili pasukan dan sudah pastinya mereka akan menjadi sandaran utama pasukan KL SPA musim ini" ujar Fazzrudin. Selain dari empat main ini, bekas pemain import Sarawak Guy Bwele bersama beraksi untuk KL SPA untuk musim 2015.

Serlahkan bakat kalian semua, supaya satu hari nanti tidak mustahil anda akan mewakili pasukan Sarawak.

Monday, January 5, 2015

Tiket untuk perlawanan persahabatan telah mula dijual


LSC telah mulai menjual tiket untuk perlawanan persahabatan antara Sarawak FA lwn KL SPA hari ini. Tiket boleh didapati di semua outlet - outlet Lea Sport Center. Dijangka penjualan tiket yang berharga RM5 (terbuka) & RM10 (berbumbung) akan habis dijual esok sehingga bermulanya perlawanan malam esok.


Friday, January 2, 2015

PERMATA YANG HILANG - PART 2

''Permata yang Hilang''
Kisah seorang lagenda bola sepak Sarawak



PIALA BURNLEY ,PIALA BORNEO, PIALA SARAWAK,PIALA MALAYSIA DAN PERGURUAN SILAT HIDAYAH MELAYU.

1968 - dipilih mewakili Sarawak dalam Piala Burnley di Kedah.Sarawak ke peringkat suku akhir menentang Kedah.
Sarawak 1-3 Kedah.Juara Piala Burnley pada masa itu ialah Penang FA.

1969 - dipilih mewakili dipilih mewakili Sarawak dalam Piala Burnley di Melaka.Sarawak ke peringkat separuh akhir menentang Selangor.Keputusannya berpihak kepada Selangor.Sarawak 1-2 Selangor.

1970- mewakili Kuching dalam Piala Sarawak di Sibu.Final Kuching menang 1-0 ke atas Sibu.

1971 - mewakili Sarawak dalam Piala Borneo.

1972 - mewakili Jabatan Penjara dalam Liga Kuching.Jabatan Penjara dinobatkan selaku juara liga pada masa itu.

1977 - mewakili Sarawak dalam Piala Borneo.

1977- 1980 - mewakili Sarawak dalam Piala Malaysia

1978- mewakili Jabatan Penjara dalam Liga Kuching.Final menentang PDRM.Jabatan Penjara menjuarai Liga Kuching dengan sepakan penalti Penjara 5-3 PDRM.

1981- Bersara dari arena bola sepak atas alasan mendirikan rumahtangga dan memberi laluan dengan bakat2 baru.

Beliau kini aktif dalam ilmu persilatan.Beliau dilantik selaku Guru Utama Perguruan Silat Hidayah Melayu,Kuching pada tahun 2007 atas sebab Guru Utama Allahyarham Dahlan bin Ismail meninggal dunia.

PERMATA YANG HILANG - PART 1


Kita hanya mengenali Era Ngap, tapi kita melupakan sebuah perjuamg bolasepak dalam era 60an & 70an. Mungkin nama seperti Morshidi Maton, Michael Teo, Wan Abdillah Edruce, Razali Rosdi, Dr Artakub, Morsidi Awet serta Ong Tai Bee telah dilupakan sehingga kini. Maaf dari pihak kami, sekiranya ejaan pada nama disebut tadi ada silapnya. Baru - baru ini, kami ada menemuramah seorang bekas pemain bolasepak Sarawak era 60an & 70an. Beliau yang admin maksudkan adalah Encik Morshidi Maton. Pihak SSC mengikhtiraf beliau sebagai lagenda bolasepak Sarawak. Ikuti permula kisah suka duka beliau :

NAMA : Morshidi bin Maton (Guru Mawi)
ASAL : Kampung Bintangor, Kuching
TARIKH LAHIR : 26.03.1950
POSISI : Penyerang
1961 : Bersekolah di Sekolah Rakyat jalan Haji Bolhassan.
1961 - 1961 : Bersama pasukan bolasepak Sekolah beliau menjuarai Piala Liga Antara Sekolah -Sekolah Bandar Kuching.
1963 : Beliau berhenti dari persekolahan. Namun hatinya cintakan sukan bolasepak, beliau meneruskan untuk bermain bolasepak di kampung Bintangor, Kuching.
1966 - 1967 : Beliau mewakili Kelab Mas dalam Liga Bandar Kuching (Divisyen)
* ikuti sambungan kisah beliau ketika beliau mewakili Sarawak dalam Piala Burnley (bersambung)



     Liga Belia 2015


Liga Piala Belia 2015 akan berlangsung pertengahan Febuari 2015 ini.
Terdapat 17 pasukan akan beraksi termasuk Sarawak U19.08 perlawanan 'away' dan 'home' akan dijalankan.    
Maklumat lanjut akan SSC hebahkan dari semasa ke semasa.
WE WERE SARIKEIAN!!



Kedua-dua mereka adalah anak jati kelahiran Sarikei.Bertemu dalam satu pasukan Sarawak U21.
Kalian berdua kebanggaan anak Sarikei.
Semoga ramai lagi bakat baru yang benar - benar berbakat & berkualiti untuk mewakili negeri Sarawak sekaligus menyarung jersi Sarawak FA satu hari kelak.

Dari kiri, Awang Iskandar dan Coach Safri Amit

Thursday, January 1, 2015

Jadual Liga Super 2015 untuk Pasukan Sarawak (Pusingan ke - 2)




**27hb Jun 2015 - Rabu
Perak vs Sarawak 
Stadium Perak
9.30mlm

**4hb Julai 2015 - Sabtu
Sarawak vs Felda United FC 
Stadium Negeri Sarawak 
9.30mlm

25hb Julai 2015 - Sabtu
Terengganu vs Sarawak 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8.45mlm

1hb Ogos 2015 - Sabtu
Pahang vs Sarawak
Stadium Darul Makmur
8.45mlm

5hb Ogos 2015 - Rabu
Sarawak vs Johor DT
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm

8hb Ogos 2015 - Sabtu
Sarawak vs Selangor 
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm

12hb Ogos 2015 - Rabu
Sarawak vs PDRM
Stadium Sarawak Negeri 
8.45mlm

15hb Ogos 2015 -Sabtu
Sime Darby vs Sarawak
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8.45mlm

19hb Ogos 2015 - Rabu
ATM vs Sarawak
TBA

22hb Ogos 2015 - Sabtu
Sarawak vs Lions XII
Stadium Negeri Sarawak
8.45mlm

29hb Ogos 2015 - Sabtu
Kelantan vs Sarawak 
Stadium Sultan Mohd Ke IV
8.45mlm


**TARIKH PERLAWANAN PADA BULAN RAMADHAN

Jadual Liga Super 2015 untuk pasukan Sarawak (pusingan pertama)


7hb February 2015 - Sabtu
Felda United FC vs Sarawak
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8.45mlm

14hb February 2015 - Sabtu
Sarawak vs Terengganu
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm

21hb February 2015 - Sabtu

Sarawak vs Pahang
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm


7hb Mac 2015 - Sabtu

Johor DT vs Sarawak 
Stadium Larkin
8.45mlm


14hb Mac 2015 - Sabtu

Selangor vs Sarawak 
Stadium Shah Alam
8.45mlm


11hb April 2015 - Sabtu

PDRM vs Sarawak 
Stadium Shah Alam
8.45mlm


18hb April 2015 - Sabtu

Sarawak vs Sime Darby FC 
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm


2hb Mei 2015 - Sabtu
Sarawak vs ATM
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm

3hb Jun 2015 - Rabu

Lions XII vs Sarawak 
Stadium Jalan Besar
8.45mlm


6hb Jun 2015 - Sabtu

Sarawak vs Kelantan
Stadium Negeri Sarawak 
8.45mlm


**20hb Jun 2015 - Sabtu
Sarawak vs Perak
Stadium Negeri Sarawak
9.30mlm

**Tarikh Perlawanan Pada Bulan Ramadhan